[You must be registered and logged in to see this image.]Apakah sengaja diletakkan nombor-nombor tersebut? Jika anda cuma menganggap ianya sebagai aktiviti kitarsemula, anda SILAP.Sebenarnya setiap nombor tersebut menunjukkan asal bahan kimia yang diguna dalam pembuatan plastik tersebut…
1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) atau Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) atau Expandable polystyrene (EPS)
7) Lain-lain termasuk nylon dan acrylic
Apa yang kita tidak ketahui ialah banyak plastik adalah racun/ toksik bila bercampur dengan makanan dan minuman. Mungkin ada makanan atau minuman yang terasa/ berbau plastik bila kita masukkan dalam bekas tersebut.
YA, mudah sahaja, bahan kimia sudah meresap dalam makanan sebenarnya.
Apakah jenis plastik yang paling merbahaya?
Iaitu nombor 3, 6 dan 7!!! Jangan sesekali beli bekas makanan yang ada nombor tersebut. Ini termasuk juga botol minuman. Usahakan jangan menggunakan semula botol minuman plastik untuk diisi semula dengan air yang lain.
Menggunakan bahan plastik untuk memanas makanan dalam “microwave” bukan suatu tindakan yang bagus. Semak dan fikir, mungkin boleh juga tengok di sini.
[You must be registered and logged in to see this link.]Rujukan lain
[You must be registered and logged in to see this link.]